Allah....saat demi saat, hari demi hari, detik demi detik....
perjuangan sebagai manusia terus aku kemudi,
walaupun dihadapi dengan berbagai ranjau dan onak berduri,
semua itu menjadikan aku semakin matang....
terima kasih ya Allah...
kerana telah menghadirkan rasa kasih, rasa sygMu ke dalam hatiku,
untuk seseorg yg bernama sahabat,
terima kasih ya Allah kerna mengizinkan aku untuk mengmbil berat pasal sahabat,
terima ksh juga Allah
kerana telah memberikan kelembutan hati kepada ku untuk menghadapi ketenangan dlm menghadapi ranjau ini..
ya Allah...jika ukhuwwah yang dibina ini keranaMu,
hadirkanlah rs kasih syg antara hati2 kami,
titipkanlah hati2 kami dengan cahaya petunjukMU,
agar kami tidak tersesat dalam lautan yang dalam,
agar kami tidak leka dalam buaian nikmat yang sementara,
ya Allah....
jadikan kami hamba yg merindui syahid di jalanMU,
kurniakan kami keberkatan di sepanjang perjalanan kehidupan kami,
semoga ukhuwwah yang telah Engkau rancangkan ini berkekalan hingga
ke SYURGAMU....AMIN...
No comments:
Post a Comment