andainya dapat ku menulis nota-nota cinta buat diriNya,
inginku titipkan bersama kuntuman bunga yang indah berseri,
ku sembur haruman mewangi bersama kata-kata pujian,
sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
menjalin ikatan menuju ke Syurga,
~~cintaku kepada Dia,
~~rinduku hanya padaNya
~~kasihku tulus buatNYa
~~setiaku balas kasihNya,
~~kasihku kasih yang setia,
~~pada yang punya...
~~dambaku pada yang Esa,
~~pujian hanya buatNya,
~~akurku kebesaranNya
~~teragung maha suciNya
~~taatku hamba yang hina
~~pada pencipta....
kiranya aku hilang arah,
jalan hidupku berubah punah,
namun kasihNya tak pernah kan musnah,
belas rahmatNya terus mencurah-curah,
Nur hidayah-Nya semakin cerah...
Dalam denai kasar mencari syurga, aku ingin terus menjadi hebat. Namun cuitan mesra kadang terasa ingin selalu menyapa hati. Ya Tuhan bantuku untuk menjadi wanita solehah, yang merindui SyurgaMu...
Tuesday, January 10, 2012
Saturday, January 7, 2012
-indahnya jika ukhuwwah kerana Allah-
Allah....saat demi saat, hari demi hari, detik demi detik....
perjuangan sebagai manusia terus aku kemudi,
walaupun dihadapi dengan berbagai ranjau dan onak berduri,
semua itu menjadikan aku semakin matang....
terima kasih ya Allah...
kerana telah menghadirkan rasa kasih, rasa sygMu ke dalam hatiku,
untuk seseorg yg bernama sahabat,
terima kasih ya Allah kerna mengizinkan aku untuk mengmbil berat pasal sahabat,
terima ksh juga Allah
kerana telah memberikan kelembutan hati kepada ku untuk menghadapi ketenangan dlm menghadapi ranjau ini..
ya Allah...jika ukhuwwah yang dibina ini keranaMu,
hadirkanlah rs kasih syg antara hati2 kami,
titipkanlah hati2 kami dengan cahaya petunjukMU,
agar kami tidak tersesat dalam lautan yang dalam,
agar kami tidak leka dalam buaian nikmat yang sementara,
ya Allah....
jadikan kami hamba yg merindui syahid di jalanMU,
kurniakan kami keberkatan di sepanjang perjalanan kehidupan kami,
semoga ukhuwwah yang telah Engkau rancangkan ini berkekalan hingga
ke SYURGAMU....AMIN...
Monday, January 2, 2012
untukmu...
Aku akan berhenti memikirkanmu...
dan aku akan benar-benar melepaskan ikatan dihatiku...
Aku hanya akan merubah diriku menjadi yang terbaik hanya Kerana ALLAH, bukan kerana menginginkanmu...
akan aku lepaskan belenggu ini,
yang membuat hatiku semakin rapuh kerana cinta yang penuh dengan tanda tanya...
Biarlah kau teruskan perjalananmu untuk jadi yang terbaik buat seseorang yang ditakdirkan untukmu... Akupun begitu...
Aku kan melanjutkan perjalananku untuk jadi imam yang terbaik buat seseorang yang akan menjadi makmumku meskipun itu bukanlah dirimu...
...kerana kini aku telah yakin bahawa... "Aku mungkin tak dapat menikahi orang yang aku cinta, tetapi wajib bagiku mencintai orang yang aku nikahi"
Ku berharap kau mendapatkan yang terbaik daripadaku...
...dan doakanku agar aku juga mendapatkan yang terbaik hingga aku mampu tenang dengan pilihanNYA meskipun itu bukanlah dirimu...

Subscribe to:
Comments (Atom)