Saturday, March 31, 2012

Harga Sekuntum Bahagia :)




Bonda…
Andai bisa ku gapai bintang dilangit…
Akan ku petik satu untukmu…
Agar kerdipnya menyinari hari-harimu…
Bonda…
Redup wajahmu menemani malamku…

Sehingga hati ini merasa teramat rindu untuk mendakapmu…
Bonda…
Kutahu…
Peritnya kau mengandungkanku selama 9bulan…
Deritanya dirimu saat melahirkanku…
Bertarung nyawa demi memberiku peluang untuk menghela nafas dimuka bumi ALLAH ini…
Bonda…
Pengorbananmu tiada terkira…
Kasihmu tiada bandingannya..
Bonda…
Ampunkan anakmu jika bibir ini pernah terlanjur kata,terlajak bicara…
Sehingga membuatkan hatimu terguris hiba dan mengalirkan airmata…
YaALLAH…
Rahmati bondaku…
Panjangkan usianya…
Jadikan dia hamba yang sentiasa taat dijalanMU…
YaALLAH…

Cintai bondaku sepertimana dia mencintaiku…
Redhai hidupnya didunia jua diakhirat…
Bonda…
Moga kita kan bersama-sama beriringan menuju taman syurgaNYA…

Firman ALLAH:


“dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya:ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan(dari awal mengandung hingga akhir menyusunya),dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun(dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKU dan kepada kedua ibubapamu,dan ingatlah kepada AKULAH jua tempat kembali(untuk menerima balasan)..”

~Surah Luqman:14~



Friday, March 30, 2012

ikhlaskan hatiku ya Allah

hari berganti hari,
minggu berganti minggu..
tidak sedar 2 minggu latihan mengajar kat Smk sungai abong telah berlalu,
begitu cepat masa berlalu meninggalkan,
adakah aku mampu untuk menjadi seorang pendidik yang berjiwa murabbi
adakah aku mampu untuk menjadi seorang penyampai ilmu dunia akhirat
adakah aku mampu mencurahkan sepenuh ilmuku yang ada dengan penuh keikhlasan
adakah aku betul betul ikhlas untuk menjadi seorang guru?
ya Allah, kau bimbinglah aku ya Allah
titipkan kesabaran yang tinggi ke dalam jiwaku
ikhlaskan segala perbuatanku dalam menyampaikan ilmumu ya Allah
rungkaikah simpulan yang berada dilidahku ya Allah
agar anak murid cepat memahami apa yang bicarakan
jadikan hari2 yang mendatang sebagai hari yang penuh dengan keceriaan dan kegembiraan ya Allah
hanya Engkau yang maha mengetahui apa yang tersembuyi dan bakal berlaku...
dalam sujudku yang panjang ku bermohon ya Allah.

Friday, March 9, 2012

Andai Masih ada Rindu.


Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.
Tuhan..
Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.
Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..
Allah..
Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..
Ameen.

Tuesday, March 6, 2012

buat sahabat ^_^


“Di jalan ALLAH,persahabatan ini bukan milikku jua bukan milikmu.Persahabatan ini adalah perancangan ALLAH yang mengetahui segala rahsia.Kerana DIA aku mengenalimu dan kerana DIA juga telah menetapkan kita mengukir segala kenangan indah bersama.Selamat meneruskan langkah dalam kembara melengkapi perjalanan menuju negeri akhirat yang abadi dengan keteguhan iman dan taqwa dihati.”
“Ya Allah,Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,Sahabat Nabi setia di sisi,Sahabat saya datang dan pergi.Ya Allah,Saya muhasabah,menerawang sendiri,Dari kecil ke saat ini,Ramai sudah bertandang di hati,Ramai juga yang datang dan pergi.Ya Allah,Sahabat ketawa,saya gembira,Sahabat sayu,saya syahdu,Sahabat layu,saya pilu.Ya Allah,Rahmati kami meniti usia,Terpisah kami di alam nyata,Temukan semula di taman syurga.Ya Allah,Sahabat saya,buah hati saya,Mesra kami penawar duka,Rindu kami menambah cinta,Rajuk kami membuah ceria.Ya Allah,Silaturrahiim kami,ukhwah fillah,Bermusuh kami,na`uzubillah,Berpisah mati,insyaAllah,Pengubat hati,do`a rabitah.”
“Di saat hangat nafas yang terhela,ada dingin yang menyinar tatkala menyebut namaMu.Hilang segala resah,terasa damainya hati dalam dakapan-Mu..”
Semoga Allah mengindahkan kehidupanmu sebagaimana dirimu mengindahkan kehidupan orang lain..Apa jua yang berlaku,apa jua kata-kata orang padamu. Teruslah berjalan tanpa henti, Jangan biarkan langkah yang telah tercipta berakhir dengan sia-sia. Singkapkan segala memori yang terukir dalam sebuah bingkisan rindu. Semoga segala usaha kita kan bisa melakar cinta di gerbang pintu syurgaNya