Saturday, February 25, 2012

buat seorang hamba



Kehidupan adalah anugerah Allah SWT. Dia yang memilih kita untuk menikmati kehidupan di dunia ini. Sedangkan kita tidak pernah memintanya. Kita merasakan seperti tiba-tiba sahaja kita berada di dunia ini. Ya, kita hanya menyedari setelah berputik akal fikiran. Tetapi kehidupan kita bermula lebih awal daripada itu. Ianya bermula apabila kita mula mencelikkan mata dan melangsing tangisan pertama, itulah mula kehidupan di dunia.

Jasad kita berbeza usia. Ada yang muda, ada yang tua. Ada yang masih kanak-kanak, ada pula yang telah menginjak dewasa. Usia kita bermula dari tarikh dilahirkan, sekira-kira itu ia dihitung. Namun, roh kita adalah sebaya. Kita saling mengenali di alam roh. Semuanya bertasbih dan bertahmid membesarkan Dia. Dengan taqdirnya kita terpilih untuk ditiupkan ke dalam jasad. Namun, kita tidak berkuasa membuat pilihan jasad mana yang kita mahukan. Alhamdulillah, kita dipilih untuk berada di dalam jasad yang telah pun Islam fitrahnya. Jika tidak belum tentu Islamnya kita...

Kita dilahirkan setelah 9 bulan menumpang di alam kasih sayang. Ertinya kita telah mengenali kasih sayang sebelum melihat dunia ini lagi. Dengan kasih sayang juga kita dilahirkan, tanpa kasih sayang tentu kita tidak berada di dunia ini.

Kehidupan yang indah dan bahagia, tiada siapa yang menyisihkannya. Fitrah yang rosak sahaja mahu kehidupan yang sia-sia. Sebaliknya, fitrah yang kudus pasti merintih pada kebaikan. Namun, kita hanya mampu berusaha dan berdoa, sedangkan Dia yang menaqdirkan segala-galanya. Seringkali kita merancang untuk bahagia, tiba-tiba derita yang menjengah. Kehidupan, ia bukan seperti skrip filem yang boleh diatur agar gembira tiap ketika. Demikianlah kehidupan ini, ia ibarat air sungai yang mengalir, dapat diteguk untuk menghilangkan haus. Tetapi, ada ketika tanpa disedari kita boleh lemas di dalamnya.

Kata Syeikh Ibnu Atho`illah di dalam Kitab Hikamnya: “Allah melapangkan bagimu, supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.”

Allah Maha Mengetahui, seringkali Dia mengubah keadaan kita, ada ketika kita sedih lalu diberikan gembira. Seketika kita sihat, tiba-tiba kita diberikan kesakitan. Ada yang kaya, tiba-tiba menjadi miskin, semuanya adalah untuk menyedarkan kita bahawa kita hamba yang lemah dan tidak akan terlepas dari ketentuan-Nya. Ini semua mengingatkan kita agar sentiasa berdiri di atas landasan LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH (Tiada daya untuk mengelakkan sesuatu dan tidak ada kekuatan untuk melaksanakan sesuatu, kecuali dengan pertolongan Allah SWT).

Allah SWT mengingatkan:

لِكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَى مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (al-Hadid: 23)

Justeru, marilah kita memperbanyakkan kesabaran dan rasa redha tatkala diuji dengan kesusahan dan kepayahan. Dan janganlah lupa untuk memanjatkan puji dan kesyukuran di atas nikmat yang kurniakan. Sedangkan keduanya amatlah sukar dan sulit untuk dilakukan malahan sering pula dilupakan.

Kitakan hamba...

Monday, February 20, 2012

KISAH CINTA KU UNTUK RENUNGAN SEMUA




Nak share ttg KEKASIH aku? (aku type huruf besar tu sbb aku terlampau sangat sayang kat DIA! )Penyayang sifatnya. Betul ni..tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah,kan?! 


Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni…tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan? DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke…spiritual ke…emm memang kekasih sejatilah tu! 
Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham. Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giller la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak,tiba-tiba clash gitu aje. 
Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. 
Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun. Cuma aku je yang jeles ngan DIA Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih… what you give, you get back…so, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan?

 KEKASIH aku ni baik sangat-sangat. Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam …area pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA Rindulah! 
Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya …millionaire …billionaire…dan ntah apa-apa naire lagi… Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support…caya tak? Free of charge…Tapi aku tak sedap hati la…mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan?

Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la…pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja…cheewah! 
DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius etc… DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar. 
Malu la sebenarnya nak cakap ni. Emm…aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la…tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal. Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan?

Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun! 
Ish! Rindu sangat dah ni! KEKASIHKU..AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI…WALAU NYAWA DIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG INI, TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA… ITULAH KEKASIHKU…ALLAH S.W.T..… CINTA TERAGUNGKU! MAY THAT KEKASIH, OUT OF HIS SHEER MERCY, GRANT US ALL THAT TRUE AND PURE LOVE... AMIIN.

MALAM…


MALAM…
Kau hadir bersama segumpal resah,
Secangkir pilu,
Yg tak diundang,
Dan tak tertanggung.
            Dan ketika diri ditemani sepi,
Rindu datang membelit sukma,
Mengcengkam jiwa,
Menjebak rasa yang tak terlerai,
Dan ketika malam mengembang sayap,
Bulan tersenyum kelat,
Hati disayat rawan,
Diri bagai terbuang,
            Percayalah malam..
Kau tak akan kesunyian,
Tahajjud dan munajat menjadi taulan,
Membuang gundah ketengah lautan,
Mencampak nanar ke kolam tenang,
Mendayung zikir ke pulau tenteram..
Aduhai malam..
Mungkinkah aku seorang penanti,
Menyambutmu dengan hamparan takwa,
Menyuluhmu dengan cahaya doa...

surat untuk sahabat

wahai teman,
adakah kau ingat cerita kita?
ya....kita berdua,
meredah suka duka,
berkongsi rahsia,
walaupun aku mengukir senyuman,
senyuman yang paling indah,
kau masih dapat melihat isi hatiku,
yang ketika itu kecewa 
dan sedih...
dan berdebar hati...
hilang susunan kata-kata,
wahai teman...
adakah kau ingat cerita kita?
ya..hanya kita berdua,
yang dulunya asing,
dari dunia yang berbeza,
tidak lama wahai teman,
terbina ikatan antara kita,
tiada dinding rahsia,
ikatan ini akan berpanjangan,
tiada tarikh luput,
InsyaAllah,
wahai teman,
kaulah sahabat,
walau namaku kabur disudut kecil hatimu,
kau tetap terpahat jauh kedalam hatiku,
untuk selamanya.....


Tuesday, February 14, 2012

BIARKAN OMBAK TERUS BERBICARA..

hari ini aku masih lagi di sini,
mengulang kembali nostalgia lama yang telah ditinggalkan,
deru ombak setia menghempas pantai,
xpernah terhenti walau sesaat pun.
ku renung jauh ke dasar lautan,
ketenangan air mendamaikan jiwaku,
aku rindu, rindu dan rindu untuk sebuah kenangan,
pastinya hari ini ia akan berulang lagi,
tapi tidakkan sama dengan memori semalam,
aku membesar disini, bersama deru pantai memecah kesunyian senja,
aku kuat bila mendengar deruan pantai,
deru pantai bisa menghiburkan hatiku,
deru pantai juga bisa merungkaikan kegelisahan yang bermain dibenakku,
deru pantai juga mengingatkan aku pada kisah silam
kisah silam yang telah lama aku kuburkan ,
kuburkan bersama mimpi-mimpi yang tak mungkin menjadi kenyataan,
aku sedar aku sedang berdiri dialam realiti,
yang hakikat pahit jerit kehidupan harusku telan,
yang onak duri menjadi pelengkap kehidupan...
ku bermohon padaMU ya Allah,
kuatkan jiwaku, cekalkan hatiku, tenangkan dadaku 
untuk aku terus berdiri meneruskan sisa kehidupan yang masih berbaki,
Kau anugerahilah aku seorang teman sejati,
yang akan menemaniku tatkala duka dan lara menyinggah,
tatkala kegelisahan bermukim di hati,
tatkala aku memerlukan tempat untuk bersandar,
meluahkan perasaan,
menitiskan airmata, 
berkongsi suka dan duka..
Ya Allah,,rahmati aku dalam meniti perjalanan ini
untuk aku sampai ke pucak SyurgaMU....









          

Kusimpan Namanya di Sudut Hati

Kusimpan namanya di sudut hati,
Demi sebuah keredhoan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah,
Ya Rabb..
Bantu kami, hamba-Mu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati..
Cinta dua insan yang dibatasi syariat-Mu,
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agung-Mu..
Ya Rahman...
Faqirnya kami, lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milik-Mu,
Kepada-Mu segalanya dikembalikan..
Ya Muhaimeen,
Namun ku gusar..
Dengan mujahadah ini,
Apakah dia bisa setia,
Apakah dia bisa menunggu,
Apakah kami bisa tabah,
Higga ke akhirnya...
Ya Rabbul Izzati,
Engkaulah Pemilik segala hati,
Peganglah hati-hati kami,
Peliharalah hati-hati kami,
Jagailah, bajailah dan siramilah hati-hati kami,
Dengan cahaya keimanan kepada-Mu..
Agar kami bisa terus bermujahadah,
Hingga waktu menentukannya..
Ameen ya Rabb..