Monday, December 26, 2011

Buatmu bakal pemilik hatiku

Sekian tahun lamanya
Aku menyimpan harap
Menyulam angan dan impian
Dalam doa yang kudus
Tanpa jemu dan bosan
Biarpun kadang-kadang bagaikan putus harap
Menunggu realiti yang tidak kunjung tiba

Di manakah dirimu
Wahai si pemilik hatiku
Barangkalinya kau juga serupa denganku
Sedang mencari dan menanti
Doamu dan doaku disatukan
Dalam rahmat Allah

Buatmu 
Yang akan menjadi teman sahku
Ingin aku menitip kata
Sekuntum cinta ini aku simpan buatmu
Akan kulafazkan setelah sahnya ikatan kita
Bersaksi ijab dan Kabul di sisiNya
Bersama restu dan doa orang tua

Wahai bakal adamku
Andai bertemu kita nanti
Dalam ikatan yang diredhaNya
Percayalah bahawa dirimu adalah yang pertama
Menyentuh kulitku
Memegang hati dan cintaku
Terimalah sebuah cinta halal ini
Yang aku persembahkan demi memulai 
Sebuah kehidupan yang dituntutNya.
pilihan-hati

Saturday, December 24, 2011

- Bila masa kian berlalu-

masa.....
ia berlalu tanpa dijemput,
berlalu tanpa dipinta...
tidak terasa bertapa berharganya masa,
kerana masa,
pertemuan itu berlaku,
kerana masa juga perpisahan itu terjadi,
masa..
begitu laju meninggalkan kita,
menjadikan kita matang dalam menghadapi arus ini,
Ya Allah , jadikan masa itu sebagai teman terbaikku,
yang selalu menjagaku siang dan malam....